Friday, August 20, 2010

Hari berkabung....

dua hari lepas kemalangan...

 Pagi tadi, sebelum sahur, melawatla anak kucing kesayangan yang dipelihara kat rumah aku. Tiba-tiba terpandang ada sekor anak kucing kaler putih, mata sebelah hijau, sebelah biru, cantik, tengah mengalami sesak nafas, macam nazak nak mati. Ai, aku dah naik risau dah. Bagi air sikit ke mulut dia, ok, dia telan. Then, aku tinggalla nak pi sahur, kemudian pi solat subuh. Balik ja dari semayang, anak kucing tadi dah pun meninggalkan dunia yang fana ni. Em, mati lagi sekor. Sebelum ni, ada sekor tu hilang tah ke mana. Tinggal lagi sekor ja. Huhuhu, sedih gila 'anakku' dah tinggalkan aku. Baru semalam ja main ngan dia, hari ni dah xdak lagi.

 Petang plak, lepas solat jumaat,cam besa, aku balik nak tidoqla. Adik aku yang darjah 6 pi sekolah, ada tuisyen. Macam biasa. Mak aku pi bank jap, ayah aku online facebook. Adik aku lagi 2 orang tidoqla. Tiba-tiba, cikgu tuisyen adik aku tepon ayah aku, bagitau adik aku yang darjah 6 tu pengsan dalam kelas. Aduhai, akupun pi la tengok, tapi aku tak tau nak wat pa.Takder pengalaman. Cikgu dia basuh muka and kepala dia, dan sowang kawan dia bagi dia minum air. (Alahai, kena gantila nampaknya!!!) Penyakit lama dia berulang kembali. Dulupun dalam bulan posa gak.

 Inilah teman-teman, hidup kita x lama atas dunia ni. Sekejap ja. Ada ustaz bagitau, tempoh dia seolah-olah antara azan dan semayang. Bukti dia, waktu kita lahir kita diazankan, waktu kita mati kita disembahyangi. Pendek ja tempoh dia. Nak lagi pendek. Ada ustaz bagitau pulak, tempoh atas dunia ni macam sekelip mata ja. Lahir bukak mata, mati tutup mata, dalam kubur bukak balik. Kan sekejap je tu. Jadi, buatla persediaan rapi.

  Ada ustaz bagitau, kita ada 8 alam yang perlu ditempuhi, dan skang alam ke-3. panjang lagi perjalanan. So, banyakkan ibadah, untuk bekal hari seterusnya.

Thursday, August 19, 2010

bahaya tangguh....

sehari selepas kemalangan...

 aku banyak rehat ja kat umah. Segala kerja rumah aku yang kena buat. Basuh baju, kemas rumah, buang sampah, cuci pinggan n macam2 lagilah. Ringkas kata, jadi sura rumah tangga. Hehehehe....

 Tapi, semalam ada satu peristiwa. Disebabkan kaki aku yang belum 100% sembuh, aku banyak baring depan tv. So, aku banyak tangguhkan kerja. Aku selalu kata, "ala, sat lagilah buat. Nak tido jap r."

 Teman-teman nak tau apa jadi? Satu kerja pun x siap. Baju x berjemeur, pinggan x basuh, umah x kemas, sampah x dibuang n mcm2 lagi sampaikan akupun x mandi lagi sampaila ke zohor. Ingat nak tido kejap je, last2 bawak sampai ke pukul 1.15 petang. Waduh, bisa. Banyak lagi keje x buat. Kuang3....

  Nak buat camne.. Terpakselah hantar mesej kat mak guna SMS minta maaf n bagitau akan buat lepas zohor. Naseb bek x kena marah.

 Nilah, bahaya tangguh ni. Pujangga pun ada bermadah, bertangguh itu pencuri masa. Allah pun ada bersumpah dengan masa dalam al-Quran, menunjukkan pentingnya penjagaan masa. Yang tadi bertangguh dalam kerja duniawi. Cuba bayangkan bertangguh dalam amal ukhrawi. Jap lagila solat, jap lagila sedekah, nantila baca Quran, esok2la zikir, tup2, da ade dalam kubur. Alangkah ruginya kite. Sebab tu dalam surah as-Sajdah, tapi x igtla ayat ke berape..

"wahai tuhan kami, kami dah lihat, kamu dah dengar, maka pulangkanlah kami (ke dunia) untuk kamai beramal soleh kerana sesungguhnya kami telah yakin", cuba teman-teman cari ayat ke berape yek.

 Nilah bahayanya tangguh. Jadi, janganlah kita bertangguh, dalam kerja duniawi ke, lebih-lebih lagi dalam kerja ukhrawi..

INGAT ye....

Tuesday, August 17, 2010

Bulan Ramadhan bulan yang mulia....

Berada di rumah dengan tiada apa-apa aktiviti mmg memboringkan....

 Selain dari bersolat jemaah 5 waktu, baca Quran, Berposa, bersahur, berbuka posa, bertarawikh n bertadarus, xde pe aktiviti len yg dibuat...

  Tapi, baru-baru ni ada berita menggemparkan, (budak SERATAS je kowt), sahabat aku, Nadzlen dimasukkan ke hospital, seminggu sblum posa. Doktor bagitau nama penyakit dia tu spontaneous pneumathorax. Akupun xtau apa dia. Dr bgtau, gas oksigen dihirup, tapi xdpt lpskan karbon dioksida, so oksigen terperangkap di body cavity di luar paru-paru. So, sgt bahaya. So, dr cucuk tiub ke cavity tu, dan tiub tu bersambung ngan satu balang kosong bertujuan untuk buang gas tu. Alhamdulillah, 5 hari lpas tu, dia mrnjalani pembedahan untuk buang tiub tu... Nger gak aku dengar.. Dan sekarang alhamdulillah, dah pun keluar wad, n bakal menghadapi exam x lama lagi. Alhamdulillah. Aku ada sekali ziarah dia, dengan sahabat aik aku, Raja Mohd Sauqi, udak Kuale....

 Ada satu lagi berita gempar...

 Baru je tadi aku dilanggar oleh mamat motor dari kampong sebelah, dia naik RXZ, aku naik Honda Wave 100 ja. Nilah first time eksiden. bengkak jugak kaki aku.... Kifarah dosa agaknya, almaklumlah, dosa menimbun-nimbun. Melayang RM100 ganti motor dia, sebab aku yang salah, x bg signal nak lintas. Alhamdulillah hari ni aku pakai helmet, selamat kepala aku. Hehehe....

 Kaki plak bengkak, risau gak. Nak solat tarawih payah, nak tdoq payah. Tapi, teman-teman, ada satu hikmah yang Allah nak ajaq melalui kejadian ni... Nilah pertama kali terlupa nak baca doa naik kenderaan. Teman-teman tau doa naik kenderaan?

 Camni...

1) Subhanallazhi sakhkhorolana haza wa ma kunna lahu mukrinin, wa inna ila robbina lamun qalibun.

2) Wa ma qadarullaha haqqaqadrihi wal ardhi jamia'n qabdhatuhu yaumal qiamah was sama wa tu, mutwiyyatum biyaminih, subhanahu wa taala 'amma yushrikun...

Ibnu Abbas dalam satu riwayat bagitau, kalau baca doa ni, eksiden jugak, boleh tuntut kat dia di akhirat.
Yang pertama tu x ingat surah mana, tapi yang kedua surah an-Nisa' ayat 63, kalau x clap...

Jadi, teman-teman, bacalah doa naik kenderaan semasa naik kenderaan, semoga Allah melindungi perjalanan kita. Amin....

Tuesday, July 27, 2010

Alahai dunia.....

Benar seperti kata Rasulullah s.a.w, junjungan yg amat kita kasihi...

Kehidupan di dunia x akan berhenti dari cabaran..
sekarang aku sudah berenti UNIMAS, pasni insya Allah akan ke Universiti Tanta...
dalam bidang perubatan...
difikirkan semasa di UNIMAS, sudah boleh goyang kaki, sebab dah settle sgala proses pndftrn masuk..
tapi, x jgak.. sebab kena wat pndftrn kuar pulak..
hehehe..
seminggu daftar masuk, pastu kuar pulak...
skang sibuk ngan proses pndaftaran ke U Tanta...

Terpaksa berdepan semula dengan kerenah birokrasi.. haih...

Pernah dengar x??
Suatu hari, Rasulullah s.a.w ambil sebatang ranting, kemudian Rasulullah lakarkan atas tanah, satu kotak segi empat tepat...
kemudian dari sebelah sisi petak yang panjang, Rasulullah tarik beberapa garisan ke dalam..
kemudian dari sebelah sisi yang pendek rasulullah tarik satu garis hingga tembus garis sisi yang pendek yang satu lagi...
dapat bayangan x??
camni..
ok...
jdik sorg sahabat tanya, apa ni Rasulullah???
maka rasulullah jwb, petak ni adalah tempoh kehidupan yang dah Allah tetapkan untuk kita..
line-line pendek2 tu adalah cabarab yang kita akan hadapi...
line pjg adalah kehidupan kita dari kecil sampai mati..
dan yang terlebih dari petak tu adalah angan-angan kita yang selalu ja lebih dari umur yang ditetapkan...
jadi Nabi nak bgtau byk pengajaran..
salah satunya, cabaran sememangnya kita akan hadapi dari kita mula hidup sampai kita mati..
semoga sahabat-sahabat sekalian dapat ambil pengajaran..
paling penting sampaikan...

Saturday, July 17, 2010

Innalillah.....

Innalillahi wa inna ilaihi raji'un...

En Kamaruddin, PK HEM SERATAS dilaporkan meninggal dunia pagi tadi akibat sakit jantung. Sama-samalah kita berdoa agar roh cikgu ditempatkan bersama-sama roh para solehin dan muttaqin... Amin.

             Kepada yang pernah buat salah dengan beliau, segeralah mohon ampun pada ALLAH. Yang pernah beliau kasari, ampunkan sajalah. Moga hidup kita semua diredhai ALLAH s.w.t.

            Beliau sudah lama berkhidmat di SMS Raja Tun Azlan Shah. Hebat cikgu ni.....

            Kepada yang masih hidup, kita juga akan mati. Persoalannya bilakah masanya?? Adakah kita bersedia??

Monday, July 12, 2010

UNIMAS....

Alhamdulillah...
Habis seminggu di UNIMAS..
Kena lalui Minggu Aluan Pelajar....
agak lagho..
paling lagho waktu Malam Rumpun Budaya..
ada yang pakai cawat pun ada..
seksi btol....

Tuesday, June 29, 2010

Persediaan demi persediaan..

UNIMAS semakin hampir....

            Sekarang tengah sibuk dengan membuat persediaan untuk ke UNIMAS. Tiket kapal terbangla, bankla, ptptnla, biasiswala, mcm-mcm...

             Nilah yang Rasulullah s.a.w bagitau. Hidup x akan lari dari cobaan. Sampai kita mati cobaan akan terus datang menguji, terutamanya bagi mereka yang mengejar dunia.. Semakin dikejar dunia ni, semakin jauh dia lari. Semakin ditinggalkan, dia akan datang menghamoiri, dan dia akan sujud pada tapak kaki kita.

            Lihatlah para sahabat r.anhum. Betapa mereka tidak hiraukan dunia hinggakan dunia datang dengan hina depan mereka. Buktinya, lihat Saidina Abu Bakar, Saidina Umar, Saidina Uthman, Saidina Ali, Bilal, Muaz bin Jabal, dan ramai lagi.

            Semuanya wafat dengan akhirnya menjadi pemimpin, penakluk dunia. Abu Bakar khalifah pertama, Umar khalifah kedua, Uthman khalifah ketiga, Ali khalifah keempat, Bilal gabenor Damsyik, Muaz gabenor Yaman. Dahsyat!!

              Berapa ramai orang yang kejar dunia, semuanya terkubur. Qarun, Firaun, Namrud, Haman, Abu Lahab, Abu Jahal dan ramai lagi. Qarun tenggelam dalam bumi, Firaun tenggelam dalam laut, Namrud mati digigit nyamuk yang tempang, Abu Jahal ditombak oleh dua pemuda. Macam-macam!!

            Kita seharusnya muhasabah diri kita, apakah matlamat kita?? Duniawi or ukhrawi?? Duniawi?? Jadilah seperti Qarun, Firaun, Haman dan sebagainya. Ukhrawi?? Jadilah seperti Abu Bakar, Umar dan lain-lain sahabat.

FIKIR-FIKIRKAN.....

Sunday, June 27, 2010

Perhimpunan besar-besaran...

Baru-baru ni, kat Beseri, Perlis, diadakan perhimpunan besar-besaran orang Islam bahagian Zon Utara. Ramai ulamak berkumpul memberi penerangan hadirin yang datang.

        Banyak juga jemaah dari luar negara yang hadir seperti Thailand, Myanmar, India, Pakistan, Madinah, Arab Saudi dan Singapura. Alhamdulillah, dapat juga dengar penerangan yang diberikan oleh seorang ulamak ahhlulbait. Jernih muka beliau. Subhanallah...

          Apa penerangan yang diberi?? Semua ulamak dalam perhimpunan ni menekankan tentang kepentingan agama untuk diamalkan dan disampaikan kepada org lain. Hari ini, ramai yang menganggap agama adalah satu penghalang kepada kemajuan, dan hari ini ramai yang tidak kenal apa itu ISLAM malah ramai yang salah faham dengan ISLAM. Kenapa?? Usaha dakwah telah ditinggalkan...

           Diterangkan jugak, umat Islam telah dibina oleh Rasulullah s.a.w dengan pengorbanan. Maka sampai bila-bila ISLAM boleh berkembang apabila umatnya sanggup berkorban... Tanpa pengorbanan hidayah tidak akan diturunkan oleh ALLAH s.w.t.

          Sama-samalah kita memikul kerja dakwah ini. Ramai yang x sedar bahawa nilah kerja kita yg sebenarnya.. Doktor, jurutera, cikgu, petani, akauntan, ni semua hanya untuk memenuhi keperluan kita di dunia, tetapi kerja dakwah adalah untuk memenuhi keperluan kita didunia dan akhirat...

          Harap semua dapat sediakan diri untuk dakwah...

Tuesday, June 22, 2010

Lets fly together...

Alhamdulillah, setlah lama menanti, akhirnya aku ditawarkan k Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS).

     Insya Allah 3 Julai ni bertolaklah aku menaiki kapal terbang k Kepulauan Borneo, satu tempat bernama SARAWAK. Universiti ini terletak di Kota Samarahan, 25 km dari Bandaraya Kuching. Maknanya, aku sampai j kat Kuching kena naik bas Kuching-Samarahan Expressway.

     Entah ape pulak cabaran yang menanti di sana. Mula-mula sepupu aku pergi sana, jadi doktor dah sekarang, pastu jiran aku pulak, pun jadi doktor gak, kat Tepeng, skang aku pulak terpilih ke sana tapi engineering plak. Hehehe... Electronic engineering.

     Insya Allah, akan ada kat sana 4 tahun. Entahlah, perjalanan prgi balik mau RM500. Rasanya raya mmang x blikla. Hehehe....

     Papepun, sorang kwn aku kata kat sana lebih mncbr kondisi sosialnya, kna lbh kuat iman katanya. Insya Allah aku akan berusaha untuk jaga. Teman-teman, doakan saya ya!!

Wednesday, June 16, 2010

Semakin berdebar...

Selamat bersua kembali....

      Dah makin  hampir dah, keputusan UPU nak keluar. Ai, xtaula dpt mana. Dahla Spain kalah... Aku sokong Sepanyol, kalah plak.

       Sahabat-sahabat, tatkala melangkah ke universiti banyak cabaran baru akan dihadapi. Kalau yang buat usaha agama, suasana agama memang payah nak dapat kecuali  dekat sughau... Dekat lain, kapel sana, kapel sini, dedah aurat, mcm2 lagila.. Haih..

      Dunia universiti memang lain. Kena hati-hati. X hati-hati, kita yang mati.

Dan paling penting, kita rancang, ALLAH pun rancang, dan rancangan ALLAH lagi baik...

Igt 2...

Tuesday, June 15, 2010

Alahai cik Bola....

       Piala Dunia datang lagi.. Aku terlambat sikit bagi ulasan pasal ni. Sebenarnya sekarang tengah sibuk sebab perhimpunan besar-besaran orang Islam dekat Beseri, Perlis bagi Zon Utara dah tak lama lagi dah, 24-27/6 ni.
Jadi, sekarang tengah wat persiapan terakhir kumpul orang sebanyak mungkin untuk pergi sana.


        Alahai cik Bola. Tahun ni, bola bergolek dekat Afrika pulak. Bila aku terdengar keputusan Piala Dunia akan diadakan di Afrika, aku terfikir apala yang ada kat Afrika tu. Tandus, panas, dan macam-macam lagi. Tapi, rupa sebenarnya jauh lagi cantik. kah3.. Tahun ni je tetibe aku rasa minat nak tengok bola. Selama ni, xpun. Xtaula pasal apa. Aku sokong Sepanyol taun ni.

         Dalam bulan 5 yang lepas, aku pergi Sitiawan. Kat sana jumpa ngan sowg cikgu ni, baru balik dari Afrika. Dia pergi berdakwah kat sana 4 bulan. Dia pergi di kawasan Johannesburg, Cape Town dan dua lagi aku x igt.Dekat Cape Town, dia terjumpa ramai orang Melayu. Rupa-rupanya, Cape Town ni lebih terkenal sebagai Bandar Melayu. Orang Melayu yang bangunkan bandar ni.

         Kerajaan Afrika, masa nak wat persiapn untuk World Cup ni, kata cikgu tadi, dah seludup ribuan GRO (pelacur) ke Afrika untuk hiburan pemain-pemain bola tu. Arak, judi dan macam-macam lagi, jugak dibawa masuk dengan banyaknya. Cikgu ni meneruskan ceritanya dengan kisah zaman tabien dulu. Dulu di Afrika ni, ada seorang pemimpin besar yang terkenal kerana membuka Andalusia, Sepanyol. Iaitulah Tariq b Ziyad.

         Beliaulah yang telah memimpin ribuan orang Afrika Islam pergi menawan Andalus. Betapa pada zaman itu, Islam hidup subur di Afrika. Rakyatnya hidup aman dan damai di bawah pemerintahan Islam.

          Tetapi, sahabat-sahabat, apa dah jadi sekarang???

           Ke mana perginya budaya Islam yang hebat dulu? Ke mana perginya satu bangsa yang dulunya mengajar manusia untuk berakhlak mulia tetapi kini merekalah yang menghadapi gejala sosial yang teruk? Ke mana perginya satu bangsa yang dulunya mencurahkan ilmu kepada orang-orang jahil tetapi kini merekalah yang jahil ilmu?

           Sahabat-sahabat, ISLAM sedang dihimpit dengan dahsyatnya. Tatkala kita terus leka dengan Piala Dunia, Islam terus diganyang bukan sahaja di Palestin, malah di negara kita sendiri. Ayuh, sahabat-sahabat, jangan kerana Piala Dunia, dakwah ditinggalkan, solat diabaikan, Quran disimpan, zikir menjadi ejekan dan azan dipekakkan. Sahabat-sahabat, kejayan manusia hanya dalam agama, sejauhmana kita taat perintah ALLAH ikut cara Nabi Muhammad S.A.W.

Monday, June 14, 2010

Orang mudalah katakan...

Baru tadi lepas isyak aku jumpa ngan sowg budak nama dia Zaki. Kwn bek aku jugak. Sekolah SMKA Kerian.

     Kami sembang pasal orang muda. Dia bgtau dia rissau tgk orang muda sekarang yang makin lama makin jauh dari masjid. Datang pun tyme Jumaat, tupun ade gak yg x dtg. Xpun paling koman datang tyme hari rayer je....
Aiseymen....

     Kami sambung sembang lagi. Kami cuba bincang cara nak tarik budak-budak muda ni mai masjid. Dia kata kita kena buat selembut mungkin. Jumpa depa, join xtvt depa, then ajak mai masjid. Xpun tgkap ketua depa ( yg paling dihormati) brainwash dia, then insya allah dia plak akan ajak yg lain.

    Aku angguk-angguk geleng-geleng ja.... Korang rasa cne??

Pening kepala sebenaqnye fikir tentang orang muda ni. Tau sebab pa?? Hidup biaq enjoy. Nilah tema orang muda. Yanng dah mai masjidpun, enjoy kat masjid plak.. Tapi ok r 2...

Masalahnya yang xnak mai lgsung nu....

Itu org muda. Ada pulak satu golongan ni, dah lama tinggai zaman mudanya, pun perangai sama. lagi haru...
Apa nak jadi ni??

Teman-teman, rahmat allah hanya turun di rumah-rumah allah. Kalau korang nak rumah korang ada rahmat, yang lelaki, pilah masjid, yang pompuan, suruh yg lelaki dlm rumah hangpa pi masjid....

OK??

Wednesday, June 9, 2010

Baru nak belajar...

Alhamdulillah...
Baru-baru ni, kampung aku anjurkan KEM BESTARI  SOLAT utk bebudak umuq 10-15 tahun...

       Byknya pasal solatlah, tp aku kna jdik fasi untuk sesi riadhah...

Aish, poning jugak kopalo eden.. X tau nak main pa..

Mula2 rncg men futsal, tapi last2 men treasure hunt ja..

Tp klam kabut jak jadiknya, rncg last minute....

Gitulah teman2, rancang kna awal, bru x dak kecacatan...

Papehal pun, aku baru belajar...

Saturday, June 5, 2010

Tentang Israel 2....

Alhamdulillah...
Baru-baru ni, kat kampung aku, diorang bersepakat nak buat bacaan Qunut Nazilah setiap kali solat secara jihri, yakni solat Maghrib, Isyak dan Subuh...

   Alhamdulillah yang pertama, sebab diorang dah kembali bersatu hati, dulu gaduh, pasal politiklah, hatta nak jadi ajk masjidpun dioranh gaduh sebab... perbezaan PARTI.. Haish!!!

   Alhamdulillah yang kedua, diorang dah ada perasaan simpati dengan rakyat Palestin yang hari-hari kena lanyak ngan Zionis. X hbs2... Hari-hari...

Teringat satu kisah zaman Nabi dulu, peristiwa Bi'ri Maunah, tau x cerita ni??

    Satu hari,datang seorang sahabat nabi, namanya 'Amir bin Malik, atau gelarannya Abu Barra', jumpa dengan Nabi dan berhasrat untuk membawa satu jemaah dakwah ke tempatnya untuk mendakwahkan kaumnya. Rasulullah s.a.w agak keberatan untuk melepaskan jemaah tersebut, kerana jemaah tersebut terdiri daripada 70 orang huffaz (hafal Quran). Rasulullah sangat sayng kat depa ni, sebabnya, siang2, bekerja mencari kayu api utk rumah Nabi, malam2 sibuk beribadah dan menghafal Quran.

   Tapi, Abu Barra' memberi jaminan keselamatan ke atas mereka. Maka Nabi pun melepaskan mereka pergi dengan hati yang sanga berat...

   Setibanya di Ma'unah, satu tempat yang terletak di antara penempatan Bani 'Amir dan Bani Tufail, Hazrat Haram r.a bersama dua lagi sahabat telah diputuskan utk berjumpa dengan ketua bani 'Amir, 'Amir bin Tufail, anak saudara kepada 'Amir bin Malik r.a dngn membawa surat daripada Rasulullah s.a.w. Setelah menerima surat itu, 'Amir bin Tufail terus mengoyaknya dan menikam perut Haram r.a. Tatkala itu, kedengaran suara Haram, "Demi Tuhan Kaabah, aku telah berjaya". Masya allah...

    Setelah itu, 'Amir bin Tufail telah menghasut bani 'Amir utk memerangi jemaah shbt td, tetapi mereka enggan kerana Abu Barra' berada di sana. Maka 'Amir bin Tufail telah menghasut pula bani Tufail utk menyerang shbt, maka mereka telah mengepung jemaah tadi dgn mambawa senjata yng lgkap..

   Apakan daya para sahabat td, mereka dtg untuk berdakwah, bukan berperang, jadi satu senjatapun tidak dibawa. Apa lagi, mereka telah diserang habis-habisan. Ketika itu, dua orang sahabat sedang memberi kuda makan rumput tidak jauh dari situ. Mereka telah menyedari kejadian ini apabila terlihat burung pemakan bangkai sedang terbang di udara.

   Maka, mereka telah berlari ke tempat kejadian, dan telah merempuh masuk dan hny seorang yg terselamat. Ketika mereka tiba, mereka ternampak, musuh sedang mengelilingi jenazah para sahabat dengan pedang yang masih merah kerana darah..

    Berita ini telah sampai ke pengetahuan  Rasulullah s.a.w. Rasulullah sgt terkilan dgn peristiwa ini, lantas Rasulullah telah membaca qunut nazilah selama sebulan...

Teman-teman, betapa sedihnya Rasulullah apabila sahabatnya diserang, kita bagaimana???
Apa yg kita buat lantaran ahli keluarga kita di Palestin sedang dilanyak sehebat-hebatnya...
FIKIR-FIKIRKAN DAN TINGKATKAN AMAL...

Thursday, June 3, 2010

Tentang Israel...

Baru-baru ni, suma tau kan, negara haram Israel serang kapal misi kemanusiaan ke Gaza. kapal Mavi Marmara. Yg len aq x igtla...

Seluruh dunia nampaknya bangkit membantah apa yang dilakukan negara haram Israel ini. Hatta di Malaysia pun, ada yg menghantar memorandum, ada yang bakar bendera negara haram tu, ada yang melaung-laungkan JAHANNAM ISRAEL dan mcm2 lg.

     Alhamdulillah, ni satu perkembangan yang baik di pihak dunia, tapi perkembangan buruk di pihak negara haram Israel.Namun, apa yang pastinya, semasa peristiwa Isra' Mikraj, sewaktu tiba di Sidratul Muntaha, ketika itu, junjungan kita Muhammad S.A.W bersama Jibrail a.s. iba-tiba Nabi ternampak ada satu benda naik kemudian satu benda buruk.

     Lantas Rasulullah S.A.W bertanya kepada Jibrail a.s apakah itu. Maka Jibrail menjawab, yang naik itu adalah amalan orang-orang Islam dan yang turun itu adalah keputusan daripada ALLAH S.W.T berdasarkan amalan orang Islam.

     Jika yang naik itu baik, maka yang turun itu juga baik. Tetapi jika yang naik itu buruk, maka yang turun itu juga buruk.
      Teman-teman, ingat lg x, satu ketika dalam Parlimen negara haram Israel, Perdana Menterinya yang pertama (sorry, terlupa nama dia) berkata, umat Islam tidak akan menang dengan kita selagi mana sembahyang Subuhnya tidak sama seperti sembahyang Jumaat.

     Nah! Perhatikan subuh kita sekarang. Hatta di kampung akupun dua saf ja. Ada kampung dua orang ja.

BILA ISLAM BOLEH MENANG DENGAN ISRAEL???

    Jadi, apalagu tunggu, sekarang jugak kita bergerak jumpa setiap manusia beritahu mereka perkara ni. Penting!! Ingat, keputusan ALLAH ke atas dunia ini bergantung kepada amalan orang Islam.

FIKIR-FIKIRKAN....

Wednesday, June 2, 2010

HAri ni dalam sejarah.....

dok umah cuti lelame ni boring gak rupenye...

hari ni n smalam aku jadik suri rumah. kemas umah, masak nasik, sidai baju, basug pinggan

letih gak ghupenye...
kesian mak aku...
dah lame dia wat keje ni..

mst lagi penatkan..

jadi, teman-teman, sayangilah ibu ayah masing-masing.
Yang masih ada, bykkan berkhidmat kpd mereka.
Yang sudah tiada, bykkan doa kpd mereka.
JOM JADI ANAK SOLEH DAN SOLEHAH!!!

Berite gempar....

Baru-baru ni...

bukak berita harian online...
bahagian statistik anak luar nikah..

teman-teman, sekarang stiap 17 minit stu anak luar nikah baru dilahirkan di malaysia.

Apa dah jadi dgn Malaysia???

Berjalan-jalan....


Satu hari, aku singgah sembahyang kat Kampung Tersusun Batu 7 Lekir Sitiawan.

Sampai ja kat kg tu, dah masok zohor. Terkejut aku. (Jeng3!!!) Ramai gile dtg sembahyang. Sembahyang zohor mcm sembahyang Jumaat. Ok, xpe, aku sembahyang je.

Aku niat nak stay 2,3 hari kat kg ni. nak tgk budaya kg ni. malam tu, diorang buat msyrt. (Pasal ape??) Pasal kenduri kawin. Satu kg mesyuarat. Diorg bhg2 tgs. Bgs btolla...

Tuan rumah tgs dia hnylah sebagai penyambut tetamu. X payah fikir pasal masak ke, khemah ke, pinggan mangkuk, bunga manggar, kompang n sebagainya. Suma dah dibhgkan tgs. Yg cndct msyrt tu, pengerusi msjd kg tu.

Aku tny sowg pak cik ni, die suh panggil die pak cik Din. "Dah lame mcm ni??" Dia kate, sejak nenek moyang diorang lagi. Waaaa, bagusnye. Msjd pnuh, byk prgrm agama, bekerjasama pulak!!

Jadi teman-teman, beginilah yabg perlu kita contohi. ramai-ramai dtg msjd, hadiri mjlis-mjlis ilmu, bekerjasama dgn org-org sekeliling kita. Harapnya agar teman-teman smua dpt ambil iktibar, amal dan kite crite pade org lain.

X pcaye?? Pg la sendiri kg tu....

Baru-baru ni....



Sempatla berknalan n bersembang ngan dia. Nama dia Salleh Yew. (Islam rupanya). Umur dia lbh kurang 60 tahun (tapi nampak muda). Dia baru 12 tahun masuk Islam. Aku tanya dia lagi, ramai ka muallaf kat sini?? Dia kata adala lebih kurang 400 orang. (Wow, ramai siot) Dia kata diala yang ajak diorang masuk Islam.

Aku tanya mana p semua 400 orang 2?? Xdak kat sughau pun?? Dia kata, dulu ada peruntukan RM400 sebulan bagi muallaf, ramai ler yang join Islam. Skang, dah takde, so diorang xnak dtg solat lagi. (Apa dah jadi ni???) Diapun cerita lagi, ada satu kes, seorang Cina Muslim meninggal dunia, xdak sorg pun urus jenazah dia. (Keluarga dia ada, napa x urus??) Dia kata, yg bukan Muslim mmg xkan urus dah, sebab marah dia masuk Islam, yang Islam pun buat tak tau ja. Last2, tanam kat kubur orang Cina ja.(Aduhai!!)

Teman-teman, apa nak jadi dengan kita orang Islam Malaysia. Saudara baru kita, kita x layan depa sungguh-sungguh. Ajak masuk Islam ja, tapi x ajaq betoi2!! Harap pihak yang berkenaan dapat segera ambil tindakan sewajarnya.

Semalam....

Ada sowg kwn aq tny...
wanita die ni...
ade mslh kpl mdh berpeluh...
so..
dia xnak pki tdg..
die kate bile pki tdg, kpl brpeluh, then berkuwap, then die akn pngsan..
aqpun xtau nak ckp pe..

Salam Ukhuwwah...

Aq baru nak belajar buat blog...
xtau cne nak bagi lawa..
papepun, slmt dtg k blog aq..