A)DAKWAH RASULULLAH S.A.W
Rosaknya umat kerana 2 perkara :
1. Tidak ada Dakwah
2. Ada dakwah, tapi tak ikut cara Nabi.
Ciri-ciri Dakwah Rasulullah S.A.W
1. Mendatangi umat tanpa diundang.
2. Tanpa upah
3. Dengan harta dan diri.
4. Berjemaah
Cara dakwah Rasulullah S.A.W
1. Khususi ( sembunyi/khusus)
2. Umumi (terbuka/umum)
3.Ijtima'i(berjemaah)
4. Infirodi ( individu)
Isi dakwah Rasulullah s.a.w
Mengajak manusia berubah dari:
1. Yakin kpd kebesaran makhluk kpd yakin kpd kebesaran ALLAH s.w.t.
2. Cara hidup biasa kpd cara hidup Rasulullah s.a.w
3. membsarkan nilai mal (harta) kpd membesarkan nilai amal
4. Kerja biasa kpd krja Rasulullah s.a.w
5. Mengejar 3 ta ( Harta, Takhta, Wanita) kpd mengejar agama, iman dan amal soleh.
6. mencari kehidupan dunia yang sempit kpd mencari kehidupan akhirat yang luas.
Contoh sikap orang terhadap dakwah iaitu seperti 4 Abu:
1. Abu Bakar : Mendukung dan menerima
2. Abu Jahal : Menolak dan menentang
3. Abu Sufian : Menentang kemudian menerima
4. Abu Talib : Mendukung tetapi tidak menerima
B)USAHA DAKWAH
Usaha dakwah adalah sarana tarbiyyah ummat untuk mencapai kesempurnaan sifat ummat di seluruh alam yang dilakukan secara bertahap sehingga ummat ini layak untuk meneruskan risalah kenabian.
Tarbiyyah bagi ummat untuk mencapai sifat-sifat:
1. Iman/yaqin seperti iman/yaqin Rasulullah s.a.w
2. Fikir seperti fikir Rasulullah s.a.w
3. Maksud hidup seperti maksud hidup Rasulullah s.a.w
4. Kecintaan seperti kecintaan Rasulullah s.a.w
5. Cara/tertib hidup seperti cara Rasulullah s.a.w
Niat dakwah:
1. Islah (baiki) diri
2. Dakwah sebagai maksud hidup
3. Bersedia untuk ke seluruh dunia sebarkan agama
4. Redha ALLAH s.w.t
No comments:
Post a Comment