Tuesday, July 27, 2010

Alahai dunia.....

Benar seperti kata Rasulullah s.a.w, junjungan yg amat kita kasihi...

Kehidupan di dunia x akan berhenti dari cabaran..
sekarang aku sudah berenti UNIMAS, pasni insya Allah akan ke Universiti Tanta...
dalam bidang perubatan...
difikirkan semasa di UNIMAS, sudah boleh goyang kaki, sebab dah settle sgala proses pndftrn masuk..
tapi, x jgak.. sebab kena wat pndftrn kuar pulak..
hehehe..
seminggu daftar masuk, pastu kuar pulak...
skang sibuk ngan proses pndaftaran ke U Tanta...

Terpaksa berdepan semula dengan kerenah birokrasi.. haih...

Pernah dengar x??
Suatu hari, Rasulullah s.a.w ambil sebatang ranting, kemudian Rasulullah lakarkan atas tanah, satu kotak segi empat tepat...
kemudian dari sebelah sisi petak yang panjang, Rasulullah tarik beberapa garisan ke dalam..
kemudian dari sebelah sisi yang pendek rasulullah tarik satu garis hingga tembus garis sisi yang pendek yang satu lagi...
dapat bayangan x??
camni..
ok...
jdik sorg sahabat tanya, apa ni Rasulullah???
maka rasulullah jwb, petak ni adalah tempoh kehidupan yang dah Allah tetapkan untuk kita..
line-line pendek2 tu adalah cabarab yang kita akan hadapi...
line pjg adalah kehidupan kita dari kecil sampai mati..
dan yang terlebih dari petak tu adalah angan-angan kita yang selalu ja lebih dari umur yang ditetapkan...
jadi Nabi nak bgtau byk pengajaran..
salah satunya, cabaran sememangnya kita akan hadapi dari kita mula hidup sampai kita mati..
semoga sahabat-sahabat sekalian dapat ambil pengajaran..
paling penting sampaikan...

Saturday, July 17, 2010

Innalillah.....

Innalillahi wa inna ilaihi raji'un...

En Kamaruddin, PK HEM SERATAS dilaporkan meninggal dunia pagi tadi akibat sakit jantung. Sama-samalah kita berdoa agar roh cikgu ditempatkan bersama-sama roh para solehin dan muttaqin... Amin.

             Kepada yang pernah buat salah dengan beliau, segeralah mohon ampun pada ALLAH. Yang pernah beliau kasari, ampunkan sajalah. Moga hidup kita semua diredhai ALLAH s.w.t.

            Beliau sudah lama berkhidmat di SMS Raja Tun Azlan Shah. Hebat cikgu ni.....

            Kepada yang masih hidup, kita juga akan mati. Persoalannya bilakah masanya?? Adakah kita bersedia??

Monday, July 12, 2010

UNIMAS....

Alhamdulillah...
Habis seminggu di UNIMAS..
Kena lalui Minggu Aluan Pelajar....
agak lagho..
paling lagho waktu Malam Rumpun Budaya..
ada yang pakai cawat pun ada..
seksi btol....