dua hari lepas kemalangan...
Pagi tadi, sebelum sahur, melawatla anak kucing kesayangan yang dipelihara kat rumah aku. Tiba-tiba terpandang ada sekor anak kucing kaler putih, mata sebelah hijau, sebelah biru, cantik, tengah mengalami sesak nafas, macam nazak nak mati. Ai, aku dah naik risau dah. Bagi air sikit ke mulut dia, ok, dia telan. Then, aku tinggalla nak pi sahur, kemudian pi solat subuh. Balik ja dari semayang, anak kucing tadi dah pun meninggalkan dunia yang fana ni. Em, mati lagi sekor. Sebelum ni, ada sekor tu hilang tah ke mana. Tinggal lagi sekor ja. Huhuhu, sedih gila 'anakku' dah tinggalkan aku. Baru semalam ja main ngan dia, hari ni dah xdak lagi.
Petang plak, lepas solat jumaat,cam besa, aku balik nak tidoqla. Adik aku yang darjah 6 pi sekolah, ada tuisyen. Macam biasa. Mak aku pi bank jap, ayah aku online facebook. Adik aku lagi 2 orang tidoqla. Tiba-tiba, cikgu tuisyen adik aku tepon ayah aku, bagitau adik aku yang darjah 6 tu pengsan dalam kelas. Aduhai, akupun pi la tengok, tapi aku tak tau nak wat pa.Takder pengalaman. Cikgu dia basuh muka and kepala dia, dan sowang kawan dia bagi dia minum air. (Alahai, kena gantila nampaknya!!!) Penyakit lama dia berulang kembali. Dulupun dalam bulan posa gak.
Inilah teman-teman, hidup kita x lama atas dunia ni. Sekejap ja. Ada ustaz bagitau, tempoh dia seolah-olah antara azan dan semayang. Bukti dia, waktu kita lahir kita diazankan, waktu kita mati kita disembahyangi. Pendek ja tempoh dia. Nak lagi pendek. Ada ustaz bagitau pulak, tempoh atas dunia ni macam sekelip mata ja. Lahir bukak mata, mati tutup mata, dalam kubur bukak balik. Kan sekejap je tu. Jadi, buatla persediaan rapi.
Ada ustaz bagitau, kita ada 8 alam yang perlu ditempuhi, dan skang alam ke-3. panjang lagi perjalanan. So, banyakkan ibadah, untuk bekal hari seterusnya.
No comments:
Post a Comment