Sunday, June 27, 2010

Perhimpunan besar-besaran...

Baru-baru ni, kat Beseri, Perlis, diadakan perhimpunan besar-besaran orang Islam bahagian Zon Utara. Ramai ulamak berkumpul memberi penerangan hadirin yang datang.

        Banyak juga jemaah dari luar negara yang hadir seperti Thailand, Myanmar, India, Pakistan, Madinah, Arab Saudi dan Singapura. Alhamdulillah, dapat juga dengar penerangan yang diberikan oleh seorang ulamak ahhlulbait. Jernih muka beliau. Subhanallah...

          Apa penerangan yang diberi?? Semua ulamak dalam perhimpunan ni menekankan tentang kepentingan agama untuk diamalkan dan disampaikan kepada org lain. Hari ini, ramai yang menganggap agama adalah satu penghalang kepada kemajuan, dan hari ini ramai yang tidak kenal apa itu ISLAM malah ramai yang salah faham dengan ISLAM. Kenapa?? Usaha dakwah telah ditinggalkan...

           Diterangkan jugak, umat Islam telah dibina oleh Rasulullah s.a.w dengan pengorbanan. Maka sampai bila-bila ISLAM boleh berkembang apabila umatnya sanggup berkorban... Tanpa pengorbanan hidayah tidak akan diturunkan oleh ALLAH s.w.t.

          Sama-samalah kita memikul kerja dakwah ini. Ramai yang x sedar bahawa nilah kerja kita yg sebenarnya.. Doktor, jurutera, cikgu, petani, akauntan, ni semua hanya untuk memenuhi keperluan kita di dunia, tetapi kerja dakwah adalah untuk memenuhi keperluan kita didunia dan akhirat...

          Harap semua dapat sediakan diri untuk dakwah...

No comments:

Post a Comment