Friday, August 20, 2010

Hari berkabung....

dua hari lepas kemalangan...

 Pagi tadi, sebelum sahur, melawatla anak kucing kesayangan yang dipelihara kat rumah aku. Tiba-tiba terpandang ada sekor anak kucing kaler putih, mata sebelah hijau, sebelah biru, cantik, tengah mengalami sesak nafas, macam nazak nak mati. Ai, aku dah naik risau dah. Bagi air sikit ke mulut dia, ok, dia telan. Then, aku tinggalla nak pi sahur, kemudian pi solat subuh. Balik ja dari semayang, anak kucing tadi dah pun meninggalkan dunia yang fana ni. Em, mati lagi sekor. Sebelum ni, ada sekor tu hilang tah ke mana. Tinggal lagi sekor ja. Huhuhu, sedih gila 'anakku' dah tinggalkan aku. Baru semalam ja main ngan dia, hari ni dah xdak lagi.

 Petang plak, lepas solat jumaat,cam besa, aku balik nak tidoqla. Adik aku yang darjah 6 pi sekolah, ada tuisyen. Macam biasa. Mak aku pi bank jap, ayah aku online facebook. Adik aku lagi 2 orang tidoqla. Tiba-tiba, cikgu tuisyen adik aku tepon ayah aku, bagitau adik aku yang darjah 6 tu pengsan dalam kelas. Aduhai, akupun pi la tengok, tapi aku tak tau nak wat pa.Takder pengalaman. Cikgu dia basuh muka and kepala dia, dan sowang kawan dia bagi dia minum air. (Alahai, kena gantila nampaknya!!!) Penyakit lama dia berulang kembali. Dulupun dalam bulan posa gak.

 Inilah teman-teman, hidup kita x lama atas dunia ni. Sekejap ja. Ada ustaz bagitau, tempoh dia seolah-olah antara azan dan semayang. Bukti dia, waktu kita lahir kita diazankan, waktu kita mati kita disembahyangi. Pendek ja tempoh dia. Nak lagi pendek. Ada ustaz bagitau pulak, tempoh atas dunia ni macam sekelip mata ja. Lahir bukak mata, mati tutup mata, dalam kubur bukak balik. Kan sekejap je tu. Jadi, buatla persediaan rapi.

  Ada ustaz bagitau, kita ada 8 alam yang perlu ditempuhi, dan skang alam ke-3. panjang lagi perjalanan. So, banyakkan ibadah, untuk bekal hari seterusnya.

Thursday, August 19, 2010

bahaya tangguh....

sehari selepas kemalangan...

 aku banyak rehat ja kat umah. Segala kerja rumah aku yang kena buat. Basuh baju, kemas rumah, buang sampah, cuci pinggan n macam2 lagilah. Ringkas kata, jadi sura rumah tangga. Hehehehe....

 Tapi, semalam ada satu peristiwa. Disebabkan kaki aku yang belum 100% sembuh, aku banyak baring depan tv. So, aku banyak tangguhkan kerja. Aku selalu kata, "ala, sat lagilah buat. Nak tido jap r."

 Teman-teman nak tau apa jadi? Satu kerja pun x siap. Baju x berjemeur, pinggan x basuh, umah x kemas, sampah x dibuang n mcm2 lagi sampaikan akupun x mandi lagi sampaila ke zohor. Ingat nak tido kejap je, last2 bawak sampai ke pukul 1.15 petang. Waduh, bisa. Banyak lagi keje x buat. Kuang3....

  Nak buat camne.. Terpakselah hantar mesej kat mak guna SMS minta maaf n bagitau akan buat lepas zohor. Naseb bek x kena marah.

 Nilah, bahaya tangguh ni. Pujangga pun ada bermadah, bertangguh itu pencuri masa. Allah pun ada bersumpah dengan masa dalam al-Quran, menunjukkan pentingnya penjagaan masa. Yang tadi bertangguh dalam kerja duniawi. Cuba bayangkan bertangguh dalam amal ukhrawi. Jap lagila solat, jap lagila sedekah, nantila baca Quran, esok2la zikir, tup2, da ade dalam kubur. Alangkah ruginya kite. Sebab tu dalam surah as-Sajdah, tapi x igtla ayat ke berape..

"wahai tuhan kami, kami dah lihat, kamu dah dengar, maka pulangkanlah kami (ke dunia) untuk kamai beramal soleh kerana sesungguhnya kami telah yakin", cuba teman-teman cari ayat ke berape yek.

 Nilah bahayanya tangguh. Jadi, janganlah kita bertangguh, dalam kerja duniawi ke, lebih-lebih lagi dalam kerja ukhrawi..

INGAT ye....

Tuesday, August 17, 2010

Bulan Ramadhan bulan yang mulia....

Berada di rumah dengan tiada apa-apa aktiviti mmg memboringkan....

 Selain dari bersolat jemaah 5 waktu, baca Quran, Berposa, bersahur, berbuka posa, bertarawikh n bertadarus, xde pe aktiviti len yg dibuat...

  Tapi, baru-baru ni ada berita menggemparkan, (budak SERATAS je kowt), sahabat aku, Nadzlen dimasukkan ke hospital, seminggu sblum posa. Doktor bagitau nama penyakit dia tu spontaneous pneumathorax. Akupun xtau apa dia. Dr bgtau, gas oksigen dihirup, tapi xdpt lpskan karbon dioksida, so oksigen terperangkap di body cavity di luar paru-paru. So, sgt bahaya. So, dr cucuk tiub ke cavity tu, dan tiub tu bersambung ngan satu balang kosong bertujuan untuk buang gas tu. Alhamdulillah, 5 hari lpas tu, dia mrnjalani pembedahan untuk buang tiub tu... Nger gak aku dengar.. Dan sekarang alhamdulillah, dah pun keluar wad, n bakal menghadapi exam x lama lagi. Alhamdulillah. Aku ada sekali ziarah dia, dengan sahabat aik aku, Raja Mohd Sauqi, udak Kuale....

 Ada satu lagi berita gempar...

 Baru je tadi aku dilanggar oleh mamat motor dari kampong sebelah, dia naik RXZ, aku naik Honda Wave 100 ja. Nilah first time eksiden. bengkak jugak kaki aku.... Kifarah dosa agaknya, almaklumlah, dosa menimbun-nimbun. Melayang RM100 ganti motor dia, sebab aku yang salah, x bg signal nak lintas. Alhamdulillah hari ni aku pakai helmet, selamat kepala aku. Hehehe....

 Kaki plak bengkak, risau gak. Nak solat tarawih payah, nak tdoq payah. Tapi, teman-teman, ada satu hikmah yang Allah nak ajaq melalui kejadian ni... Nilah pertama kali terlupa nak baca doa naik kenderaan. Teman-teman tau doa naik kenderaan?

 Camni...

1) Subhanallazhi sakhkhorolana haza wa ma kunna lahu mukrinin, wa inna ila robbina lamun qalibun.

2) Wa ma qadarullaha haqqaqadrihi wal ardhi jamia'n qabdhatuhu yaumal qiamah was sama wa tu, mutwiyyatum biyaminih, subhanahu wa taala 'amma yushrikun...

Ibnu Abbas dalam satu riwayat bagitau, kalau baca doa ni, eksiden jugak, boleh tuntut kat dia di akhirat.
Yang pertama tu x ingat surah mana, tapi yang kedua surah an-Nisa' ayat 63, kalau x clap...

Jadi, teman-teman, bacalah doa naik kenderaan semasa naik kenderaan, semoga Allah melindungi perjalanan kita. Amin....