Jadi, sekarang tengah wat persiapan terakhir kumpul orang sebanyak mungkin untuk pergi sana.
Alahai cik Bola. Tahun ni, bola bergolek dekat Afrika pulak. Bila aku terdengar keputusan Piala Dunia akan diadakan di Afrika, aku terfikir apala yang ada kat Afrika tu. Tandus, panas, dan macam-macam lagi. Tapi, rupa sebenarnya jauh lagi cantik. kah3.. Tahun ni je tetibe aku rasa minat nak tengok bola. Selama ni, xpun. Xtaula pasal apa. Aku sokong Sepanyol taun ni.
Kerajaan Afrika, masa nak wat persiapn untuk World Cup ni, kata cikgu tadi, dah seludup ribuan GRO (pelacur) ke Afrika untuk hiburan pemain-pemain bola tu. Arak, judi dan macam-macam lagi, jugak dibawa masuk dengan banyaknya. Cikgu ni meneruskan ceritanya dengan kisah zaman tabien dulu. Dulu di Afrika ni, ada seorang pemimpin besar yang terkenal kerana membuka Andalusia, Sepanyol. Iaitulah Tariq b Ziyad.
Beliaulah yang telah memimpin ribuan orang Afrika Islam pergi menawan Andalus. Betapa pada zaman itu, Islam hidup subur di Afrika. Rakyatnya hidup aman dan damai di bawah pemerintahan Islam.
Tetapi, sahabat-sahabat, apa dah jadi sekarang???
Ke mana perginya budaya Islam yang hebat dulu? Ke mana perginya satu bangsa yang dulunya mengajar manusia untuk berakhlak mulia tetapi kini merekalah yang menghadapi gejala sosial yang teruk? Ke mana perginya satu bangsa yang dulunya mencurahkan ilmu kepada orang-orang jahil tetapi kini merekalah yang jahil ilmu?
Sahabat-sahabat, ISLAM sedang dihimpit dengan dahsyatnya. Tatkala kita terus leka dengan Piala Dunia, Islam terus diganyang bukan sahaja di Palestin, malah di negara kita sendiri. Ayuh, sahabat-sahabat, jangan kerana Piala Dunia, dakwah ditinggalkan, solat diabaikan, Quran disimpan, zikir menjadi ejekan dan azan dipekakkan. Sahabat-sahabat, kejayan manusia hanya dalam agama, sejauhmana kita taat perintah ALLAH ikut cara Nabi Muhammad S.A.W.
No comments:
Post a Comment