Alhamdulillah...
Baru-baru ni, kat kampung aku, diorang bersepakat nak buat bacaan Qunut Nazilah setiap kali solat secara jihri, yakni solat Maghrib, Isyak dan Subuh...
Alhamdulillah yang pertama, sebab diorang dah kembali bersatu hati, dulu gaduh, pasal politiklah, hatta nak jadi ajk masjidpun dioranh gaduh sebab... perbezaan PARTI.. Haish!!!
Alhamdulillah yang kedua, diorang dah ada perasaan simpati dengan rakyat Palestin yang hari-hari kena lanyak ngan Zionis. X hbs2... Hari-hari...
Teringat satu kisah zaman Nabi dulu, peristiwa Bi'ri Maunah, tau x cerita ni??
Satu hari,datang seorang sahabat nabi, namanya 'Amir bin Malik, atau gelarannya Abu Barra', jumpa dengan Nabi dan berhasrat untuk membawa satu jemaah dakwah ke tempatnya untuk mendakwahkan kaumnya. Rasulullah s.a.w agak keberatan untuk melepaskan jemaah tersebut, kerana jemaah tersebut terdiri daripada 70 orang huffaz (hafal Quran). Rasulullah sangat sayng kat depa ni, sebabnya, siang2, bekerja mencari kayu api utk rumah Nabi, malam2 sibuk beribadah dan menghafal Quran.
Tapi, Abu Barra' memberi jaminan keselamatan ke atas mereka. Maka Nabi pun melepaskan mereka pergi dengan hati yang sanga berat...
Setibanya di Ma'unah, satu tempat yang terletak di antara penempatan Bani 'Amir dan Bani Tufail, Hazrat Haram r.a bersama dua lagi sahabat telah diputuskan utk berjumpa dengan ketua bani 'Amir, 'Amir bin Tufail, anak saudara kepada 'Amir bin Malik r.a dngn membawa surat daripada Rasulullah s.a.w. Setelah menerima surat itu, 'Amir bin Tufail terus mengoyaknya dan menikam perut Haram r.a. Tatkala itu, kedengaran suara Haram, "Demi Tuhan Kaabah, aku telah berjaya". Masya allah...
Setelah itu, 'Amir bin Tufail telah menghasut bani 'Amir utk memerangi jemaah shbt td, tetapi mereka enggan kerana Abu Barra' berada di sana. Maka 'Amir bin Tufail telah menghasut pula bani Tufail utk menyerang shbt, maka mereka telah mengepung jemaah tadi dgn mambawa senjata yng lgkap..
Apakan daya para sahabat td, mereka dtg untuk berdakwah, bukan berperang, jadi satu senjatapun tidak dibawa. Apa lagi, mereka telah diserang habis-habisan. Ketika itu, dua orang sahabat sedang memberi kuda makan rumput tidak jauh dari situ. Mereka telah menyedari kejadian ini apabila terlihat burung pemakan bangkai sedang terbang di udara.
Maka, mereka telah berlari ke tempat kejadian, dan telah merempuh masuk dan hny seorang yg terselamat. Ketika mereka tiba, mereka ternampak, musuh sedang mengelilingi jenazah para sahabat dengan pedang yang masih merah kerana darah..
Berita ini telah sampai ke pengetahuan Rasulullah s.a.w. Rasulullah sgt terkilan dgn peristiwa ini, lantas Rasulullah telah membaca qunut nazilah selama sebulan...
Teman-teman, betapa sedihnya Rasulullah apabila sahabatnya diserang, kita bagaimana???
Apa yg kita buat lantaran ahli keluarga kita di Palestin sedang dilanyak sehebat-hebatnya...
FIKIR-FIKIRKAN DAN TINGKATKAN AMAL...
No comments:
Post a Comment